ASB Financing for beginner
Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak dalam ASB Financing, ada yang bertanya soalan yang karut-marut. Sah-sah memang anda tak tahu, kan. Sebab tu anda bertanya.
Okay, saya bagi panduan sikit tentang urusan dalam ASB Financing ni. Saya orang kampung, tapi saya cuba terangkan secara mudah ya.
1. Anda
2. Bank
3. PNB
ANDA BANK (CIMB) PNB |
URUSAN DENGAN BANK
1. Anda dapat duit pembiayaan bank untuk beli sijil ASB daripada PNB.
2. Bank bagi duit dia kat kita tapi dia nak untunglah juga. Itulah namanya 'keuntungan bank' atau 'bank profit' sebanyak 4.9%-5.2%.
3. Tapi janganlah runsing sebab anda pun akan dapat untung 17%-40%.
4. Bank tolong beli sijil ASB atas nama anda. Tapi bank pegang sijil tu. Sama macam bank pegang geran kereta la.
5. Dah anda guna duit bank, pandai-pandailah bayar. Yang dibayar setiap bulan tu sebahagiannya untuk prinsipal, sebahagiannya untuk bank profit.
6. Contoh tengok bayaran bulan pertama tu. Bayar RM1,098 sebulan untuk pembiayaan RM200,000. RM231++ adalah prinsipal, RM866++ adalah bank profit.
7. Orang yang buta hati dan buta mata akan terus kata, "Gila ke bayar bank profit banyak macam tu. Untunglah bank!".
8. Jangan dengar pandangan singkat lagi rabun tu. Sebab mereka tak tahu yang anda dapat dividen anggaran RM1,200 sebulan.
9. Makin lama, prinsipal bulanan akan makin besar dan bank profit semakin mengecil. Contoh, tengok bayaran bulan ke-360. Bank profit RM4++, prinsipal RM1,093++.
10. Urusan anda dengan bank akan tamat bila habis bayar pembiayaan atau anda terminate dan jual sijil lebih awal.
11. Bila dah habis bayar pembiayaan tu, sijil tu jadi milik anda.
12. Tapi, yang saya syorkan adalah, terminate awal untuk ambil prinsipal dan dividen kita tu untuk reinvest atau apa-apa tujuan murni yang lain.
13. Contohnya, dapat RM55,700 kalau terminate selepas 3 tahun dengan teknik asas ASB Financing.
URUSAN DENGAN PNB
1. Bank dah beli sijil ASB untuk anda. Bank pegang sijil tu.
2. Ini adalah pelaburan ASB. Jadi, anda akan dapatlah dividen dan bonus ikut tatacara ASB. Setiap Januari, dividen dan bonus akan masuk akaun ASB anda.
3. Tau tak yang bonus tu anda akan dapat lagi 9 tahun lepas terminate ASB Financing. Sebab bonus dikira daripada purata pelaburan 10 tahun.
SOALAN KARUT !
1. Kenapa tak dapat lagi dividen dan bonus bila terminate ASB Financing bulan Februari hingga Disember?
"Tunggulah bulan Januari. Yang bagi dividen dan bonus tu PNB bukan bank."
2. Dividen masuk kat mana?
"Masuk kat akaun ASB anda."
3. Dividen dan bonus tu saya boleh ambil tak?
"Boleh. Terpulanglah nak rolling investment ke, nak belanja ke, nak kahwin ke, sekati koranglah. Kalau aku, aku buat deposit untuk beli rumah."
Credit to...
Artikel asal loghat ganu oleh: Kentzige Bruang
Diterjemah oleh : Harith Faisal
Untuk Info Dan Guideline yang Lebih mendalam,
Jangan segan silu whassap @ call
HAFIZ KADIR.
013-4352443
013-4352443
013-4352443
thanks bro
BalasPadam